March 6, 2010

Tip Memupuk Keyakinan Diri 3 - Dengan Orang Lain



  • Pilih kawan dan komuniti (masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.
  • Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda. Kata hukama, "Siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini !"
  • Cari role model (qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. Dan sebaik-baik role model ialah para Nabi.
  • Maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung sesama manusia.
  • Bergaul dengan teman-teman dan individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju.
  • Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini satu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi anda lebih bak dari sehari ke sehari.

No comments:

Post a Comment