- Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
- Jaga solat lima waktu, tingkatkan kefahaman dan kekhusyukannya. Orang yang menjaga solat akan terasa dijaga Allah. Firman Allah yang bermaksud : "Maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia ialah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong." (Surah al-Hajj 22:78)
- Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat atas kesilapan samada yang besar atau kecil, yang sengaja atau tidak disengajakan. Yakin Allah menerima taubat kita. Allah berfirman yang bermaksud : "Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat daripada hamba-hambaNya." (Surah al-Tawwbah 9:104)
- Baca Al-Quran dan bertadabbur dengannya. Lazimkan juga membaca kitab-kitab dan buku-buku yang mengambil roh al-Quran sebagai dasar tulisannya. Buku akan mencorakkan pemikiran.
- Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten (Istiqamah). Zikrullah itu sebagai perisai kepada bencana dan keburukan yang akan menimpa dalam kehidupan.
HANYA RM2 SEHARI UNTUK SATU FAMILI SEMUA MATAPELAJARAN UPSR, PMR DAN SPM.(JIMAT,BERKESAN & CEMERLANG)
March 7, 2010
Tip Memupuk Keyakinan Diri 1 - Dengan Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment