- MYSTAR-Islamic
- MYSTAR-Tadika
- MYSTAR-Bahasa
- MYSTAR-A
- MYSTAR-Info
- MYSTAR-Tonton
- MYSTAR-Ceria
HANYA RM2 SEHARI UNTUK SATU FAMILI SEMUA MATAPELAJARAN UPSR, PMR DAN SPM.(JIMAT,BERKESAN & CEMERLANG)
November 10, 2010
MYSTAR - INOVASI PRODUK MUSLIM
March 11, 2010
March 10, 2010
March 7, 2010
Tip Memupuk Keyakinan Diri 1 - Dengan Allah
- Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
- Jaga solat lima waktu, tingkatkan kefahaman dan kekhusyukannya. Orang yang menjaga solat akan terasa dijaga Allah. Firman Allah yang bermaksud : "Maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia ialah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong." (Surah al-Hajj 22:78)
- Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat atas kesilapan samada yang besar atau kecil, yang sengaja atau tidak disengajakan. Yakin Allah menerima taubat kita. Allah berfirman yang bermaksud : "Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat daripada hamba-hambaNya." (Surah al-Tawwbah 9:104)
- Baca Al-Quran dan bertadabbur dengannya. Lazimkan juga membaca kitab-kitab dan buku-buku yang mengambil roh al-Quran sebagai dasar tulisannya. Buku akan mencorakkan pemikiran.
- Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten (Istiqamah). Zikrullah itu sebagai perisai kepada bencana dan keburukan yang akan menimpa dalam kehidupan.
Tip Memupuk Keyakinan Diri 2 - Dengan Diri Sendiri
- Percaya pada diri. Katakan anda boleh. Anda adalah khaira ummah (sebaik-baik ummat) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." Surah al-Tin 95:4)
- Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.
- Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada. Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini.
- Sentiasa berfikiran positif. Badan perlu sihat dan minda sentiasa cerdas.
- Sentiasa bersedia. Jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.
- Harga diri. Hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah.
- Tabah dan cekal menghadapi sebarang halangan atau musibah.
March 6, 2010
Tip Memupuk Keyakinan Diri 3 - Dengan Orang Lain
- Pilih kawan dan komuniti (masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.
- Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda. Kata hukama, "Siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini !"
- Cari role model (qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. Dan sebaik-baik role model ialah para Nabi.
- Maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung sesama manusia.
- Bergaul dengan teman-teman dan individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju.
- Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini satu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi anda lebih bak dari sehari ke sehari.
Metafora : Si Anak Gajah
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang pokok. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.
Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.
INILAH bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.
March 5, 2010
MYSTAR A - CIRI-CIRI
1) MYTOPIK
Soalan berdasarkan sub-subtopik.
2) MYNOTA
Nota berdasarkan subjek dan mengikut topik.
3) MYKAMUS
Kamus BM-BI & BI-BM untuk memudahkan pelajar.
4) MYLATIH TUBI (4 Set - Setiap set mesti betul 80%)
Soalan-soalan secara rawak bagi memantapkan lagi pengetahuan pelajar.
5) MYKERTAS II
Menjawab soalan-soalan subjektif yang pertama di Malaysia secara online.
6) MYPEPERIKSAAN
Soalan-soalan mirip peperiksaan sebenar. (10 Set - Setiap set mesti betul 80% )
7) MYARKIB SOALAN
Soalan-soalan UPSR, PMR & SPM yang sebenar.
8) MYKAD LAPORAN
Kad laporan keputusan secara online & sms.
9) MYCEMERLANG
Senarai pelajar cemerlang seluruh Malaysia
March 2, 2010
SLD METHOD - 7X GANDA LEBIH BERKESAN DARI TEKNIK BIASA
Antara kandungan program sehari teknik belajar "SLD METHOD" ialah :
1) 4 Fasa Pembelajaran
2) Bagimana Minda Berfungsi?
3) Mengenal Diri
4) V + A + K = EXCELLENT
5) SLD - Scanning Method
6) SLD - Latih Tubi
7) SLD - Kaedah Kerat Buku
8) Pengurusan Masa
9) Senarai Semak (Checklist) Untuk Ibubapa
February 25, 2010
Mystar - Jadual Taklimat Seluruh Malaysia MAC 2010
Jadual Taklimat untuk Bulan Mac, 2010 seluruh Malaysia seperti Jadual di atas. (Sila 'klik' gambar untuk maklumat lebih jelas).
Sila hubungi AL-HIKMAH CONSULTANCY & SERVICES untuk maklumat lanjut :
emel : alhikmah.mystar@gmail.com
Sila hubungi AL-HIKMAH CONSULTANCY & SERVICES untuk maklumat lanjut :
emel : alhikmah.mystar@gmail.com
February 17, 2010
February 11, 2010
Teknik Belajar - SLD Method (28hb. Februari, 2010 - FRIM)
Anak-anak anda memerlukan kaedah dan teknik yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan sepanjang tahun 2010 ini.
Pelajarilah teknik belajar 7X GANDA LEBIH BERKESAN DARIPADA TEKNIK BELAJAR BIASA!!
PENGENALAN RINGKAS -SLD METHOD ( http://motivatorpelajar.com/index.html )
" Kaedah yang dibincangkan dalam workshop saya adalah kaedah yang saya dapati benar-benar berkesan setelah 6 tahun membuat kajian melalui pembacaan dan bertanya daripada pelajar-pelajar cemerlang dan kaedah itulah yang saya amalkan. Saya memperuntukkan banyak masa membuat kajian cara belajar yang benar-benar berkesan kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk belajar. Saya mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan dalam hidup saya. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai misi saya dan saya berasa simpati terhadap rakan-rakan pelajar yang bertungkus-lumus dan memperuntukkan banyak masa untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sebenarnya, untuk cemerlang bukanlah banyak mana masa yang anda peruntukkan untuk belajar tetapi berapa banyak yang anda dapat belajar dalam sesuatu masa!. Atas maksud inilah saya berasa terpanggil untuk membuatnya dalam bentuk beberapa modul bagi membantu rakan-rakan pelajar. Modul-modul rahsia ini saya namakan SLD METHOD .
Sekurang-kurangnya usaha saya selama 6 tahun itu dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terutama di Malaysia . Sekiranya anda telah berjaya skor dalam peperiksaan atau berpuas hati melalui pengamalan kaedah yang dibincangkan dalam workshop saya, saya berharap anda dapat meluahkan rasa hati anda ke motivatorpelajar@yahoo.com untuk dikongsi kepada rakan kita yang lain. Saya juga ada bercadang untuk meluaskan workshop saya ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei kerana sudah ada permintaan di sana. Doakan kejayaan saya. "

February 8, 2010
Pakej MySTAR
Untuk makluman anda semua , pakej mySTAR hanya RM2 sehari atau RM60 sebulan untuk satu famili, dari umur 3 tahun hingga 17 tahun.
Portal mySTAR mempunyai program untuk peringkat TADIKA, Darjah 1 - UPSR, Tingkatan 1 - PMR dan Tingkatan 4 - SPM.
Peringkat TADIKA mempunyai 7 Bahasa (Malaysia, Inggeris, Arab, Cina, Tamil, Jepun dan Thai).
Untuk Peringkat UPSR, PMR & SPM - mempunyai soalan-soalan Kertas 1 & 2.

Subscribe to:
Posts (Atom)