August 26, 2009

Mengapa myStar ?

Apakah itu MyStar?

MyStarA adalah latih tubi online yang menekankan pembelajaran "output" dan merupakan pelengkap kepada sistem pembelajaran. Kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

Ciri-ciri MyStarA
My Topik
My Nota
My Kamus
My Latih Tubi
My Peperiksaan
My Arkib Soalan
My Kad Laporan
My Cemerlang

Sekolah Rendah (Tahun 1-6) UPSR
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) PMR
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Geografi

Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5) SPM
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Geografi
Sains
Biologi
Kimia
Fizik


Akan Datang – Bahasa Arab, Kemahiran Hidup, Pendidikan islam, Bahasa Cina, Bahasa Tamil

Silibus
Meliputi 100% sukatan terkini Malaysia,
Mengandungi bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini,
Merangkumi semua subjek teras dan elektif, Format kertas 1 dan 2.

MyStarA diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-
Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku
sebagai medium menuntut ilmu,
Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja,
Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang,
Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan,
Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.

Masalah Ibu bapa:-
Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda,
Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak,
Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda,
Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak,
Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun,
Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda,
Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar,
Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan.


Perlu?
Ya , perlu. MyStarA menyediakan pelajar kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik dengan mudah dan lebih berkesan. Mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Membantu pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Pelengkap kelas tuisyen?
Ya. MyStarA merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda di mana tuisyen antara kaedah pembelajaran input.

Seisi keluarga boleh guna?
Ya. MyStarA boleh digunakan seisi keluarga anda. Contohnya, jika anda ada 5 orang anak antara Tahap 1 – Tingkatan 5, kesemua mereka boleh menggunakan latihan – latihan yang disediakan dengan mengikut keperluan masing-masing. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk kesemua anak anda. Satu portal untuk satu keluarga.

Membebankan?
Tidak. MyStarA, tidak akan membebankan anak anda. Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi lebih baik.

Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari melalui latihan-latihan.

Kaedah Pembelajaran Output Tradisional
Kena periksa jawapan sendiri,
Tidak boleh mengulang soalan,
Tiada pemantauan masa,
Tidak Interaktif,
Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar.

Apakah Pembelajaran Input?
Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Pelajar perlu Pembelajaran Output sebagai pelengkap bagi pembelajaran yang lebih berkesan.

MyStar-B (3 Tahun - 6 Tahun)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Arab
Jepun
(Akan bertambah dari semasa ke semasa)

Memberi kemudahan untuk kanak-kanak belajar dari peringkat permulaan,
Pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat,
Menarik minat kanak-kanak untuk belajar,
Memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Webucation = website + education

2010 = Sekolah Bestari 100%

1 Malaysia 1 myStar

August 6, 2009

Manusia dan Motivasi

Orang yang bermotivasi itu :
  • Awal dan mendahului orang lain
  • Bersemangat dan bermotivasi
  • Tekun dan rajin berusaha
  • Fokus pada apa yang dilakukan
  • Berfikiran positif dan yakin diri
  • Kenal potensi dan kehebatan diri
  • Cekal, sabar, tabah dan tawakal
  • Mahu memperbaiki diri dan keadaan
  • Menghasilkan kerja yang terbaik
  • Bersyukur dan berterima kasih
  • Berdoa dan taat kepada perintah Allah
  • Memiliki konsep kendiri yang tinggi
  • Mempunyai imej kendiri yang baik
  • Menghormati diri dan orang lain
  • Melakukan usaha secara luar biasa

(Terbitan:PTS)

August 2, 2009

Apa itu myStar A dan myStar B ?

Promosi mystar A untuk musim peperiksaan UPSR & PMR 2009


Surat Khabar KOSMO! 26 JULAI 2009 (Ahad)

Majlis Pelancaran MySTAR oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin - 16hb. Mei, 2009.

4 orang usahawan anak muda Melayu sebagai peneraju Puncakmas Marketing Sdn Bhd dengan program Portal Pendidikan untuk semua peringkat pendidikan dari tahap pra-sekolah, UPSR, PMR & SPM (Kertas 1 dan Kertas 2).
Tan Sri Muhyiddin sedang menandatangani plak pelancaran program mySTAR.

Begitu gigih anak-anak muda ini berusaha untuk membangunkan anak bangsa menuju kecemerlangan dalam pendidikan.




Gambar Majlis Pelancaran Mystar, yg dirasmikan oleh Y.A.B TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA, sambil disaksikan MENTERI BESAR TERENGGANU, Y.A.B DATO' AHMAD BIN SAID.

Revolusi Pendidikan

Manusia sering memikirkan kaedah terbaik untuk mencapai kecemerlangan. Anda bila lagi..?